Harimau Malaya

assalamualaikum

kenapa lagi dengan tajuk macam ni? adakah sambungan entry yang pernah Mira tulis dulu?
kali ni, Mira sendiri yang pergi menyaksikan perlawanan semi final antara MALAYSIA dengan THAILAND dekat Stadium Nasional Bukit Jalil okay. untuk first time lagi

wah! semangat giler pegi tengok ni. macam macam dugaan kitorang pergi sana tau. ni semua demi Harimau Malaya *terharu tak terharu tak :P*

first sekali kitorang terpaksa menempuh hujan yang lebat yang amat. fuhhh~ serius takut giler. jalan pun tak nampak sangat. second pulak kitorang terpaksa berapa kali patah ikut jalan lain sebab banjir punya pasal *kesian tak? T_T* tak habis dengan tu, bila kitorang sampai sana je hujan lebat lagi. kitorang terpaksa redah je hujan tu. basah kuyup kitorang. kesian giler. nasib boleh masuk awal. bukan setakat awal je. awal giler dah kitorang masuk. tapi ramai lagi yang ada kat dalam. bila dah kena hujan tu mula la rasa badan panas semacam je. tahan sejuk je Mira kat dalam stadium tu.

kat sana kitorang sorak sama sama. nyanyi. main ombak. kecewa. gembira semua sama sama. pemain Harimau Malaya semua ada depan mata. rasa macam tak sangka boleh nampak diorang secara live walaupun diorang jauh. tengok diorang panaskan badan. rasa bangga jadi salah satu dari berjuta *rasanye la* orang kat stadium tu. serius meriah giler.

masa nak balik pulak sesak giler. nasib ada abang abang. kalau tak dah memang akan sesat jugak Mira kat situ. hehe. kitorang balik lewat sebab sesak punya pasal la. tapi memang best. kalau abang abang ajak pegi lagi, Mira mesti join !

Mira tampalkan sedikit gambar untuk korang :)
sebelum bertolak

tamat perlawanan

walaupun seri (1-1) perlawanan hari tu tetap yang terbaik
tahniah HARIMAU MALAYA :)


No comments:

fly high !