Kehidupan Di PLKN

assalamualaikum korang semua ! lame kan Mira tak tulis blog . blog pun dah bersawang . hehe :D .
yela , macam yang korang tau la kan . Mira pegi PLKN . dah 2 bulan Mira kat sana kalau korang perasan la .  tinggal sebulan je lagi . sekarang ni Mira cuti Raya Aidiladha sampai hari selasa (8/11) . Mira ingat nak cite kehidupan Mira kat sane . tapi tak reti sangat la . tapi takpe la . Mira try share cite dengan korang .

mase mula mula nak pegi tu memang tak suke la . yela kan . sape yang suke pegi PLKN . kalau tanye pun . kebanyakkan kena pakse je datang sane . tak pegi nanti kena buat khidmat komuniti pulak kan . first masuk tu memang Mira jadi pendiam la . tak de sape yang Mira kenal pun kat situ . buat muke tak bersalah je la tegur orang . makan same same . pastu cikgu masukkan Mira dalam kompeni Alpha . malam pertama Mira duduk kat situ Mira tido bertiga je . bayang kan la . seram ni .

pastu cikgu pindahkan kitorang . dalam 1 dom tu ade 13 orang termasuk aku . baru la tak seram . hehe . budak budak dalam dom best . kelakar giler . kumpulan 3 ni tak ramai . sebab ramai yang dah sambung belajar . sepatutnye kompeni ade 4 ( Alpha , Bravo , Charlie & Delta ) . tapi sebab sikit je pelatih , so kompeni Delta tak de la .

first aktiviti yang kitorang kena buat , siapkan bendera , motto , lagu , sorakkan macam macam lagi la . ade la dalam berape hari nak siapkan benda tu . mase buat benda tu jugak la kitorang dapat berkenalan dengan wira . wira kompeni Alpha semua best best . peramah + riuh . kire okay la . tepuk sorak kompeni kitorang la yang paling banyak sekali . kreatif betul diorang ni .

kat sane makan sampai 6 kali sehari . tapi ade jugak mase yang Mira tak makan sebab terlampau kenyang sangat sangat . kang kalau makan jugak kang muntah pulak .

selama 2 bulan kat sane kitorang dah buat macam macam aktiviti . masuk kelas , kawad , sukan kretiviti , senamrobik , senam seni , khidmat komuniti dan baru baru ni menembak kat Padang Sasar , Mantin . 

banyak lagi cite yang Mira nak tulis . tapi nanti la ye . bagi saspen dulu . dah habis nanti Mira share lagi dengan korang semua . bye :)

selamat hari raya aidiladha blogger :))




to be continue . . . . .

3 comments:

Anonymous said...

eh.. sbenarnya masul plkn mmg best kan..dapat la enjoy2 dulu sblum smbg study..dpt member ramai.. ada pengalaman..best la tu.. ^^
SALAM AIDILADHA ... :))

Anonymous said...

yo cik miera! lame x dengar khabar berita... cam best je PLKN. kita x dpt pon g... huhu... harap miera happy je kat sane taw.... <3

Nurrul Hazieqah said...

bestnya.. teringin nak masuk ! :)

fly high !